BLOG

3 SEBAB ANDA TAK PATUT BELI IKAN DARI PASARAYA

3 SEBAB ANDA TAK PATUT BELI IKAN DARI PASARAYA

Pasaraya…

Pasaraya adalah tempat yang semakin  menjadi pilihan suri rumah untuk beli barang dapur.

Bila cerita tentang barang dapur, maksudnya termasuk la bahan basah seperti…

Ayam…

Daging…

Ikan, sotong dan mungkin udang…

Bila cerita tentang ikan, saya ada satu kisah untuk dikongsikan kepada anda. Bagi saya anda wajib tahu kisah ini jika anda sayangkan keluarga anda.

Sebenarnya, kebanyakan ikan di pasaraya Nampak sahaja cantik seolah-olah segar. Tapi, hakikatnya ikan di pasaraya adalah ikan yang dah lama dan tak fresh langsung.

Apa rahsianya boleh Nampak segar?

Ikan yang dijual telah dilarutkan dengan UBAT MAYAT! Atau nama yang sedap sikit adalah Formalin.

Sanggup ke biarkan keluarga anda makan ikan yang dah sebati dengan UBAT MAYAT?!

Formalin adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk mengawet mayat. Kalau dalam peratusan yang tinggi, formalin adalah bahaya untuk tubuh badan anda.

Ini 3 risiko yang anda dan keluarga mungkin hadapi.

 

#1 – Sel-sel Badan Mati

Formalin jika digunakan dalam kadar peratusan kurang dari 1% adalah selamat. Tapi, sejauh manakah peratusan kandungan Formalin yang digunakan untuk awet ikan yang anda beli tu?

Tiada siapa tahu dan tiada siapa pernah buat ujian di makmal makanan.

Malangnya, formalin ini kalau peratusannya tinggi ia boleh membahayakan tubuh badan anda. Formalin boleh sebabkan sel-sel badan anda mati.

Dalam masa yang sama juga, mungkin boleh menyebabkan keracunan pada tubuh anda sekeluarga.

 

#2 – Berpotensi Menjadi Agen Kanser

Pernah terfikir tak, kenapa ya makin lama makin ramai yang kena penyakit kanser ni? Apa beza orang dulu dengan orang sekarang?

Mungkin juga puncanya makanan. Ya la, orang dulu makan ayam pun bela dan sembelih sendiri. Kalau nak ikan pergi ke jeti beli terus dari nelayan.

Orang sekarang?

Sebenarnya, kandungan formalin yang tinggi boleh menyebabkan tubuh anda berpotensi terkena penyakit kanser.

Formalin boleh sebabkan sel-sel tubuh badan anda bermutasi.

 

#3 – Kegagalan Pada Organ

Formalin juga jika digunakan secara berlebihan boleh sebabkan kegagalan ginjal, hati dan limpa.

Bukan tu je, Jika dosaj formalin yang digunakan untuk awet ikan yang anda makan tu terlalu tinggi, silap hari bulan boleh muntah darah dan berlaku gangguan pada sistem peredaran darah anda.

 

Kesimpulan

Mulai dari saat ni, setiap kali anda nak beli ikan di pasaraya. Ingat! Ikan tu dan disalut dengan Ubat Mayat!

Banyak risiko pada kesihatan keluarga anda jika terus makan ikan yang anda beli dari pasaraya. Ya, formalin hanya bahaya jika dosaj yang digunakan adalah tinggi.

Tapi soalnya, setakat mana dos yang digunakan pada ikan di pasaraya tu?

3 CIRI IKAN YANG SEGAR

3 CIRI-CIRI IKAN SEGAR DAN BEBAS DARI BAHAN PENGAWET

Kenapa?

Kenapa ramai suri rumah suka beli ikan di pasaraya?

Biasanya sebab Nampak cantik  dan macam fresh je. Tapi jangan terpedaya. Nampak fresh tak semestinya fresh betul.

Sebenarnya, kebanyakan ikan di pasaraya ada gunakan bahan pengawet (Formalin). Ikan tu diawet untuk Nampak cantik dan segar.

Silap-silap, ikan yang ada di pasaraya tu dan sebulan lebih dah. Siapa yang tahu kan?

Sebelum anda beli, baik anda check dulu.

 

Ada 3 ciri-ciri ikan yang segar, no 2 tu paling senang nak tengok.

 

#1 – Tengok Insang

Cuba nanti masa nak beli ikan tu, belek-belek sikit. Cuba selak dekat kepala tu untuk tengok insang.

Color apa insang tu? Merah? Coklat? Ke color kelabu asap?

Kalau merah tahniah la, ikan tu segar.

Tapi kalau color kelabu ke, atau coklat ke. Lepas tu berlendir pula tu. Haa… Tu maksudnya ikan lama la tu. Tak segar dah.

 

#2 – Tengok Mata Ikan

Okay, yang no 2 ni paling simple la. Tak ada apa yang perlu anda belekkan. Sekali imbas je tau dah.

Bak kata pepatah, sekilas pandang sudah ku tahu segar atau tak ikan ni. Eh?

Haha…

Kalau anda Nampak ikan tu mata jernih, tu ikan segar. Tapi kalau color ikan tu kelabu asap, samar dan kusam, tenggelam pula tu mata ikan. Tu maksudnya ikan tu dah lama.

 

#3 – Rasa Ikan  

Haa!?

Rasa macam mana? Nak gigit dan kunyah ke ikan tu sebelum beli?

Sabar dan tenang, kalau anda buat macam tu, orang semua tengok je. Silap-silap kena halau sebab pihak pasaraya ingat anda dah tak waras.

Rasa ikan ni maksudnya, anda tekan isi ikan tu untuk rasa struktur isi ikan tu macam mana rasanya.

Ikan tu kalau tekan je rasa lembik atau  tak kenyal tu maksudnya dah lama la. Ikan tu kalau segar, masa tekan tu rasa kenyal dan anjal je isinya.

 

Kesimpulan

Mulai dari saat ni, setiap kali anda nak beli ikan stop dulu! Jangan yakin sangat ikan tu segar dan bagus untuk keluarga anda makan.

Gunakan panduan diatas ni dan check sejauh mana ke FRESHan ikan tu.

RESEPI DIMSUM IKAN

BAHAN-BAHAN:

  • Bahan A
  • 500gm isi ikan – dikisar halus
  • 1 batang lobak merah – dipotong dadu
  • 1 biji sengkuang – dipotong dadu
  • 1 labu bawang holland – dicincang
  • 3 tangkai daun bawang – dicincang
  • 1 sudu besar sos tiram Maggi
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • secubit lada sulah
  • Bahan B
  • 1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • 200gm tepung ubi
  • Bahan C
  • Kulit dimsum
  • kulit wantan secukupnya
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 biji putih telur
  • Sos : Dicampur
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu teh cuka
  • secubit garam dan gula
  • 1/4 cawan air panas

CARA-CARA:

Kisar halus isi ikan dan ketepikan seketika.

Cuci, kupas dan potong lobak merah, bawang holland, sengkuang dan daun bawang

Campurkan semua bahan A didalam mangkuk besar dan gaul rata.

Setelah itu taburkan Maggi® CukupRasa™ kedalam adunan tersebut dan kacau lagi hingga sebati.

Masukkan pula tepung ubi, dan kacau lagi semua bahan. Ambil kulit wantan, sapu dengan putih telur dan masukkan campuran isi ikan tadi dan bentukkan. Tabur dengan lobak merah parut dan ulangi langkah tersebut hingga habis.

Masukkan dimsum yang telah siap dibentuk tadi kedalam pengukus dan kukus dengan api sederhana sehingga masak. Angkat dimsum dan bolehlah dihidangkan dengan sos.

 

RESEPI KETAM TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:

Telur masin direbus
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masinh
CARA-CARA:

Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur(kalau xnak putih pun xpe)
Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak
Panaskan butter,masukkan daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi
Masukkan susu cair dan gula, tunggu sampai berbuih.
Masukkan telur masin sekali
Masukkan ketam yang sudah digoreng
Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi.

 

RESEPI SOTONG CELUP TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

400g sotong,dibersihkan dan dipotong nipis

Bahan untuk perap:
1/2 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil serbuk ketumbar

Bahan untuk Batter:(satukan bahan ini & gaul rata)
50g tepung gandum
50g tepung ubikayu
50g tepung beras
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar minyak masak
165ml air

CARA-CARA:

1.Perap sotong dengan bahan perap selama 20 minit.
2.Panaskan minyak yang cukup dalam kuali.Celup potongan sotong ke dalam batter. kemudian goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

RESEPI SOTONG KUKUS LIMAU

BAHAN-BAHAN:

1–sotong
2–cabai melaka merah, hijau
3–sos ikan
4–limau nipis
5–daun ketumbar (akar sekali)
6–gula
7–bawang putih
8–daun pudina
9–lengkuas, serai

CARA-CARA:

Cuci sotong bersih2…
Potong sotong mcm dlm gambar tapi jangan sampai putus…
Susun sotong dlm bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong)… Akar ketumbar Sedikit bawang putih.. Letak atas sotong…
Kukus buka api paling kuat, dah masak buang air sotong…
Sos…
Masuk 1 sudu bs gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong… kacau hingga hancur…
Sos dah siap tuang atas sotong yg kita kukus tadi, agkt tabur daun ketumbar dan daun pudina hias dengan potong sedikit limau nipis2 letak atas

RESEPI SOTONG GORENG MADU

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:
1) 1kg sotong
2) 5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
3) 1 inci halia (tumbuk lumat)
4) Serbuk kunyit
5) Garam
6) Minyak

Bahan B:
1) 1 biji bawang besar (kisar)
2) 5 biji bawang putih (kisar)
3) 4 sudu besar madu
4) 1 sudu besar kicap pekat manis
5) 2 biji cili merah
6) 1 biji tomato

CARA-CARA:

1) Gaulkan bahan A (sotong,bawang putih,halia,serbuk kunyit,garam) dan perap selama 10minit
2) Setelah perap,goreng separuh masak dan ketepikan
3) Tumis bahan B (bawang besar dan bawang putih) menggunakan minyak goreng td hingga naik bau
4) Masukkan madu dan kicap
5) Goreng hingga pecah minyak
6) Masukkan cili merah dan tomato
7) Masukkan sotong yang digoreng tadi
8) Gaul sebati hingga sotong masak sepenuhnya
9) Tabur daun bawang
10) Sedia untuk dihidang

RESEPI SIAKAP STIM TOMYAM

BAHAN-BAHAN:

Siakap
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Cili padi
Pes Tomyam
Air asam
Daun limau purut
Buah tomato
Cendawan Shitake (cendawan lelain pun ok)
Daun ketumbar

CARA-CARA:

1) lumur siakap dengan garam, halia dan bawang putih, kukus separuh masak
2) tumis bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas
3) masukkan pes tomyam, sedikit garam dan gula
4) masukkan sedikit air asam jawa
5) tuang ke dalam kukusan ikan
6) taburkan sayur2an
7) kukus sehingga ikan masak
8) taburkan daun ketumbar

RESEPI KERABU SOTONG

BAHAN-BAHAN:
500 gram sotong …buangkan kulit dan hiris kasar
3 S/b Apple Cider Veniger atau air limau nipis/kasturi
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan
1 sudu teh gula pasir

Bahan hiris/mayang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda

CARA-CARA:
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.
3. Bolehlah dihidangkan.

RESEPI IKAN SIAKAP STIM ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap – belah depan
2 batang serai – ketuk
1 biji bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
8 biji cili padi – ketuk
2 inci halia muda – hiris panjang
1 kiub pati ikan bilis
3 biji limau kasturi/nipis – hiris dan juga perah jus
5 helai daun limau purut – buang urat & hiris kasar
2-3 biji bawang putih jeruk – buang kulit
1/2 batang saderi – hiris nipis

Bahan Sos:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
3-4 sudu besar sos tiram
Sedikit air

Bahan Lain:
1 sudu besar tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula/serbuk perasa

Bahan Tabur
Daun ketumbar, daun bawang – hiris
1 biji cili merah – hiris

CARA-CARA:

  1. Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih.
  2. Masukkan semua bahan hiris dan bahan sos ke dalam pinggan pengukus
  3. Letakkan bahan hiris sebahagian di bawah ikan.
  4. Kukus dalam 5-10 minit atau sehingga ikan masak. Masukkan air bancuhan tepung dan garam serta gula.
  5. Rasakan dulu masinnya, sebelum ditambah garam.
  6. Kukus lagi dalam 1 minit. Tutup api dan tabur cili merah dan daun ketumbar.
  7. Bolehlah dihidangkan.